31 October 2010

Tanda-tanda Badan Anda Kekurangan Air

10 tanda tubuh mengalami dehidrasi (kekurangan air) :

1. Mulut kering dan lidah bengkak

Tanda seseorang itu dehidrasi adalah mulut kering. Jadi, minumlah air ketika haus kecuali ketika berpuasa. Jika masih kering juga, mungkin ada masalah lain yang berkait dengan mulut dan lidah.

2. Air kencing berwarna kuning pekat

Apabila kita dehidrasi, air kencing akan berkurangan dan menyebabkan perubahan air kencing daripada kekuningan yang cair kepada yang pekat.

24 October 2010

MADU : Penawar Segala Penyakit

Apakah yang dimaksudkan dengan madu?
Madu mempunyai dua maksud iaitu pertama, madu ialah sejenis cecair yang dikeluarkan dari badan lebah yang mempunyai pelbagai khasiat. Kedua, madu ialah seorang wanita yang dinikahi oleh seorang lelaki yang mana dia sudah mempunyai isteri. Justeru itu,apa yang ingin saya kongsi adalah berkenaan pengertian madu yang pertama itu. =)

Gambar : Credit to Mr. Google

Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] Allah SWT berfirman bermaksud ;

18 October 2010

BAJET 2011 : Intipati Ringkas

Bajet 2011 telah dibentangkan pada 15 Oktober 2010 iaitu pada hari jumaat oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat. Antara intipati-intipati bajet 2011 yang menarik saya sebagai rakyat Malaysia adalah seperti berikut :


~ RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

~ Cuti bersalin bergaji penuh sehingga 90 hari untuk kakitangan awam wanita.

~ Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan khas RM500 dibayar Disember ini.

08 October 2010

Menara HPA - Bukti Kejayaan

Menara HPA International Center ( HPAIC)

Bangunan HPAIC terletak di Seksyen 13 Shah Alam, Selangor. HPAIC yang bernilai hampir RM60 juta ini telah dirasmikan pada 2/10/2010 oleh Tn. Hj. Ismail Ahmad iaitu Pengarah Urusan HPA Industri Sdn Bhd. Setakat ini seramai 1,800 staf dan 600,000 ahli syarikat pelbagai peringkat syariah (MLMS) di negara ini dan 200,000 ahli di Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Kemboja melihat HPAIC sebagai kejayaan bersama.


HPAIC menempatkan Pasar Raya Halal HPA dan juga pelbagai perniagaan HPA selain pejabat pelbagai jabatan. Selain MLMS, HPA juga terkenal dengan produk jenama Radix termasuk rangkaian restoran Radix Fried Chicken (RFC), Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH).


p/s : Tahniah HPA, selamat maju jaya ^_^


Related Posts with Thumbnails