18 October 2010

BAJET 2011 : Intipati Ringkas

Bajet 2011 telah dibentangkan pada 15 Oktober 2010 iaitu pada hari jumaat oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat. Antara intipati-intipati bajet 2011 yang menarik saya sebagai rakyat Malaysia adalah seperti berikut :


~ RM212 bilion diperuntukkan bagi Bajet 2011 iaitu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding peruntukan 2010.

~ Cuti bersalin bergaji penuh sehingga 90 hari untuk kakitangan awam wanita.

~ Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan khas RM500 dibayar Disember ini.

~ Elaun pemimpin masyarakat ( Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Persekutuan (JKKP), Tok Batin, Pengerusi JKKK Orang Asli dan Pengerusi Kampung Baru) dinaikkan kepada RM800 sebulan berkuatkuasa Januari 2011.

~ Elaun bulanan Imam akan dinaikkan daripada RM450 kepada RM750 sebulan, manakala imbuhan bulanan guru Kemahiran Asas Fardhu Ain (KAFA) dinaikkan daripada RM500 kepada RM800 sebulan berkuatkuasa Januari 2011.

~ Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015.

~ Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

~ Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015.

~ RM85 juta untuk membina kemudahan infrastruktur bagi membolehkan hotel dan pusat peranginan di kawasan pedalaman yang berpotensi menarik pelancong.

~ Pembangunan pusat peranginan bersepadu eco-nature pertama di dunia bernilai RM3 bilion oleh Nexus Karambunai di Sabah bermula tahun depan.

~ Pemansuhan duti import ke atas 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan pada kadar lima peratus sehingga 30 peratus bagi menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di Asia.

~ Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit.

~ Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK) di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71 juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil penemuan R&D oleh universiti dan institusi penyelidikan.

~ RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

~ Gaji pokok minimum pengawal keselamatan naik sehingga RM700 sebulan mulai Januari 2011.

~ Untuk Kementerian Pelajaran, peruntukan pembangunan sebanyak RM6.4 billion disediakan bagi membina dan menaik taraf sekolah, asrama, kemudahan dan peralatan serta memartabatkan profesion guru.

~ Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) dimansuhkan dan diganti dengan sistem penilaian baru Jun tahun depan.

~ RM213 juta lagi dibajet sebagai ganjaran kepada sekolah berprestasi tinggi serta imbuhan kepada Pengetua atau Guru Besar dan Guru Cemerlang.

~ RM111 juta diperuntukkan bagi program PERMATA antaranya bagi pembinaan fasa 2 Kompleks Sekolah PERMATA Pintar, membina 32 Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) dan membiayai operasi 52 PAPN yang sudah siap.

~ RM250 juta diperuntukkan bagi sekolah bantuan modal agama, sekolah bantuan modal jenis kebangsaan Cina, sekolah kebangsaan Tamil, sekolah bantuan modal mubaligh dan sekolah bantuan kerajaan seluruh negara.

~ Kerajaan juga bersetuju membiayai bantuan per kapita untuk sekolah-sekolah agama rakyat rendah dan menengah dengan peruntukan RM95 juta sebagai mengiktiraf pendidikan Islam.

~ Bagi menyediakan guru serta tenaga pengajar kompeten dan berkualiti yang dapat membimbing dan mendidik pelajar sekolah dengan sebaiknya, kerajaan menyediakan RM576 juta dalam bentuk biasiswa kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran.

~ Sejumlah RM213 juta diperuntukkan bagi mengangkat tinggi penguasaan Bahasa Malaysia, memperkasakan Bahasa Inggeris dan memperkemaskan kurikulum standard sekolah rendah.

~ Kerajaan bersetuju untuk mengambil 375 guru penutur jati antaranya daripada United Kingdom dan Australia untuk meningkatkan lagi pengajaran Bahasa Inggeris.

~ Peratusan staf akademik berkelulusan PhD ditambah kepada 75 peratus bagi universiti penyelidikan dan 60 peratus bagi IPTA lain dengan peruntukan RM20 juta.

~ Skim Rumah Pertamaku dengan jaminan kerajaan ke atas bayaran pendahuluan 10 peratus bagi harga rumah di bawah RM220,000.

~ Program Bantuan Rumah (12,000 unit) untuk golongan miskin dan miskin tegar dengan peruntukan RM300 juta.

~ Melancarkan Dana Pencen Swasta.

~ Melancarkan Skim Amanah Hartanah Bumiputera bernilai RM1 bilion dan patuh syariat.

~ Menyediakan multivitamin untuk pelajar sekolah rendah seluruh negara.

~ Meneruskan program subsidi bayaran bil elektrik bagi penggunaan bawah RM20 sebulan.

~ Kadar tol di empat lebuh raya milik PLUS Expressway Bhd tidak akan dinaikkan bagi tempoh lima tahun akan datang bermula serta-merta.

~ Menyediakan empat bas sebagai Klinik Bergerak.

~ Merangka Model Baru Pembangunan Orang Asli dan Pribumi.

Sumber Utama : Berita Harian Online

Hakim az : Bajet 2011 adalah bajet yang terbaik salah satunya bajet untuk sektor pendidikan negara. Terdapat beberapa bajet yang perlu dipertingkatkan lagi dan harus diberi penekanan.

Ok jumpa lagi di Bajet 2012 tahun depan. ~_^


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails