24 October 2010

MADU : Penawar Segala Penyakit

Apakah yang dimaksudkan dengan madu?
Madu mempunyai dua maksud iaitu pertama, madu ialah sejenis cecair yang dikeluarkan dari badan lebah yang mempunyai pelbagai khasiat. Kedua, madu ialah seorang wanita yang dinikahi oleh seorang lelaki yang mana dia sudah mempunyai isteri. Justeru itu,apa yang ingin saya kongsi adalah berkenaan pengertian madu yang pertama itu. =)

Gambar : Credit to Mr. Google

Dalam sejarah Islam fakta Madu yang amat popular dirakam di dalam Al-Quran [16] Surah An-Nahl [Ayat 69] Allah SWT berfirman bermaksud ;


Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutilah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkanNya kepadamu. “Dengan itu keluarlah dari badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu ada tanda (membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.


Antara khasiat-khasiat madu ialah :

Penyembuh Yang Mujarab


“Ambillah, pergunakanlah olehmu sekalian akan dua penyembuh iaitu Madu dan Al-Quran”- Riwayat Ibnu Majah

Kita perlu mengambil Madu setiap hari untuk kekal sihat kerana ia bukan sekadar membekalkan banyak zat malah juga didapati boleh meningkatkan tenaga, merangsang dan memperbaiki aliran darah.

Mampu Mencerdaskan Otak

Madu juga kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Tidak hairanlah para penyelidik menggelar Madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak kerana apabila aliran darah lancar, lebih banyak oksigen dapat dibawa ke otak.

Antioksida & Menghenti Serangan Bakteria

Sungguh menarik, Madu boleh menjadi antibiotik dan antiseptik bagi melawan jangkitan bakteria samada dalaman dan luaran. Kajian penyelidik Universiti Wales mendapati bahawa Madu boleh menghentikan aktiviti bakteria yang menyerang luka dan menghalang jangkitan daripda terus
merebak. Benarlah seperti pesan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam;

Dari Abu Hurairah, kata beliau: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: “Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar.”

Secara umumnya setiap titis Madu mengandungi:

Vitamin - A, B1, B2, B3, C, D, E dan K.
Garam Galian - Kalsium, Fosforus, Sulfur, Zat Besi, Karbon, Magnesium, Natrium, Kalium, Klorin, Iodin, Kuprum, Mangan, Silika. Beta Karoten
Gula - Glukosa, Fruktosa dan Sakarin.

Gambar : Credit to Mr. Google

Beberapa tips untuk mengenal madu yang benar-benar asli :

1. Madu asli lebih tumpat daripada air. Apabila dicampur dengan air biasa dalam satu gelas ia tidak cepat larut malah ia terus jatuh ke dasar gelas.

2. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.

3. Celupkan kepala macis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.

4. Madu asli akan membentuk heksagon (segi enam) di dalam air yang tak dikacau.

Sebenarnya madu yang paling tulen (lebih berkhasiat) dan terbaik di dunia adalah terdapat daripada lebah yang bersarang di hutan belantara dan di gurun-gurun pasir (pohon kurma).

Gambar : Credit to Mr. Google

Sebagai contoh madu keluaran HPA diambil daripada negara Iran yang bersumberkan daripada pohon-pohon kurma, zaitun dan tiin.


6 comments:

  1. nak cari madu pas nie..nti final exam lak

    ReplyDelete
  2. nk beli madu pasni jgn lupa pastikan ia asli :)

    ReplyDelete
  3. Dalam masyarakat DusunLotud di kampung saya... madu juga digunakan untuk memberhentikan darah daripada luka dan juga digunakan untuk melicinkan muka....

    ReplyDelete
  4. satu perkongsian yg menarik drp @fauziani.

    petua: madu dikatakan bleh melembapkan bibir. so pasni bleh sapu madu kt bibir, xpayah pakai lip ice lg :)

    ReplyDelete
  5. Produk yg sangat berguna untuk mereka yg mahu sihat sentiasa. Garam Buluh KLS

    ReplyDelete
  6. Produk yg sangat berguna untuk mereka yg mahu sihat sentiasa.Garam Buluh KLS

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails