31 October 2010

Tanda-tanda Badan Anda Kekurangan Air

10 tanda tubuh mengalami dehidrasi (kekurangan air) :

1. Mulut kering dan lidah bengkak

Tanda seseorang itu dehidrasi adalah mulut kering. Jadi, minumlah air ketika haus kecuali ketika berpuasa. Jika masih kering juga, mungkin ada masalah lain yang berkait dengan mulut dan lidah.

2. Air kencing berwarna kuning pekat

Apabila kita dehidrasi, air kencing akan berkurangan dan menyebabkan perubahan air kencing daripada kekuningan yang cair kepada yang pekat.

3. Sembelit (sukar buang air besar)

Ketika tubuh cukup air, makanan yang dimakan akan bergerak bebas. Usus besar (kolon) akan menyerap air dari makanan yang dimakan dan kemudian mengeluarkan tinja. Sebaliknya, ketika mengalami dehidrasi, usus besar akan kekurangan air dan menyebabkan tinja menjadi keras dan kering. Hasilnya adalah sembelit.

4. Kulit menjadi kurang elastik

Untuk menguji dehidrasi pada kulit iaitu dengan cara mencubitnya. Jika normal, semasa mencubit kulit di tapak tangan kemudian dilepaskan ia akan kembali normal. Tapi ketika kulit mengalami dehidrasi, ketika dicubit lalu dilepaskan akan lambat kembali kepada normal.

5. Jantung Berdebar-debar

Jantung memerlukan tubuh yang sihat dan normal agar berfungsi dengan baik. Jika terjadi penurunan aliran darah dan perubahan kadar elektrolit disebabkan dehidrasi, biasanya jantung akan berdebar-debar lain daripada kebiasaan.

6. Kekejangan otot

Meskipun belum dikenalpasti bagaimana dehidrasi mempengaruhi fungsi otot tapi ia mungkin berkait dengan ketidakseimbangan elektrolit. Elektrolit seperti natrium dan kalium adalah ion yang menghasilkan tenaga yang memberi otot bekerja. Jika mengalami dehidrasi kronik, maka akan jteradi ketidakseimbangan elektrolit yang dapat menyebabkan kekejangan otot yang terus menerus. Keadaan ini banyak terjadi setelah orang selesai melakukan latihan sukan atau olahraga.

7. Pengsan

Dehidrasi juga boleh menyebabkan pengsan. Salah satu tanda-tanda dehidrasi adalah tubuh merasa melayang ketika berdiri secara tergesa-gesa dari posisi duduk atau tidur.

8. Lelah

Dehidrasi kronik akan membuat jumlah darah dan tekanan darah turun yang membuat oksigen ke darah juga berkurangan. Tanpa oksigen yang cukup, otot dan fungsi saraf akan bekerja lambat sehingga orang menjadi lebih mudah lelah dan semput.

9. Air mata kering

Air mata digunakan untuk membersihkan dan menyegarkan mata. Jika cairan di tubuh kurang, boleh membuatkan pengeluaran air mata terhenti.

10. Badan selalu merasa kepanasan

Air memainkan peranan dalam mengatur suhu tubuh. Ketika tubuh mulai panas kulit akan berkeringat/berpeluh. Dengan berkeringat, maka suhu tubuh akan turun lagi. Peluh adalah sebahagian besar terdiri dari air, maka ketika mengalami dehidrasi, tubuh akan berhenti mengeluarkan peluh yang membuat badan akan merasa kepanasan.

Berdasarkan keterangan di atas, sudah pastinya air adalah satu keperluan bagi tubuh badan kita dan nyata ianya adalah elemen yang menggerakkan tubuh badan kita ke arah kesihatan yang lebih optima.

Untuk memastikan lebih segar, adalah lebih baik mengambil air yang sudah ditapis atau air yang kurangnya bahan terampai dan kimia yang membahayakan kesihatan. Doktor menasihati kita supaya minum 8 gelas air atau lebih tepat lagi 1.2 liter sehari. Disyorkan minum lebih air kosong setiap hari.

p/s : Kesihatan Tanggungjawab Bersama. Mencegah lebih baik daripada mengubati.

7 comments:

  1. berdebar pun tanda tak cukup air ke..baru cik su taw...tq la

    ReplyDelete
  2. welcome, just sharing some information.
    p/s : klo cik su tgk lelaki hansem, jantung jd berdebar-debar jgak.hehe

    ReplyDelete
  3. salam..
    already followed u~
    sori lambat sket~

    btw, air kosong mmg sedap~ ;)

    ReplyDelete
  4. Wsalam, tq bro :)
    mmg sedap lg lazat.eheh

    ReplyDelete
  5. kurang air pun kejang otot eA? menarik.

    ReplyDelete
  6. thanks @amirrah sama2 berkongsi tuk kebaikan bersama :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails